"Makanan Barat Citarasa Tempatan"

Hai Assalamualaikum…

Meh sini Abg Tam nak memperkenalkan diri. Sebenarnya Abg Tam ni fictional character je. Abg Tam di beri tugas berat oleh bos untuk menjadi duta kepada Tasty Theory Cafe. Cewah. 

Bos kata orang Malaysia ni suka makanan western, tapi kalau korang jalan-jalan di Eropah, tekak orang Malaysia ni bukan nye masuk sangat pon dengan makanan Western.

Jadi bos pon dapat teori idea kesedapan dengan menggabungkan makanan barat dengan citarasa tekak orang Malaysia.

Meh Abg Tam bagi contoh, kalau korang makan French Fries mesti suka cecah cili sos kan? Kalau korang travel negara orang putih, diaorang makan french fries mana ada cecah cili sos, tapi cecah tomato ketchup.

Kalau Abg Tam tulis tomato kicap orang Malaysia dah terbayangkan makan nasi dengan kicap pulak. Ha~ itulah dia keunikan tekak orang Malaysia.

Bangga Abg Tam jadi Rakyat Malaysia. Kalau korang datang restoran Abg Tam, korang akan dapat rasai makanan barat dan juga makanan tempatan pada harga yang berpatutan. 

Abg Tam (Pejuang Kesedapan)

Kalau korang lapar ke atau nak komplen dan puji servis makanan Tasty Theory Cafe, korang roger je Abg Tam

Tentang Kami

Tasty Theory Cafe (003076375-P) adalah merupakan restoran yang berkonsepkan “Makanan Barat Citarasa Tempatan”.

Tasty Theory Cafe telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Febuari 2020 (02.02.20) dan memulakan hari operasi pertama kedai pada 1 Syaban 1441 Hijrah bersamaan dengan 26 March 2020.

Kisah permulaan perniagaan kami penuh dengan cabaran apabila dunia telah menimpa musibah Wabak Covid-19 di mana dunia merasai kesulitan ekonomi seperti perang dunia ke empat telah berlaku.

Kami akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan serta menyediakan suasana makan yang selesa.

Iman Talib & Fareez
Founder

Makanan Barat Citarasa Tempatan

Abg Tam nak ucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong Tasty Theory Cafe sejak kami mula-mula buka kedai PKP1 dulu.

Abg Tam bersama Bos dan kawan-kawan janji tak akan putus semangat berjuang menyediakan khidmat penyediaan makanan yang terbaik. Abg Tam bertambah semangat bila dapat customer review yang membina huhu.

Since Year
0

Lokasi Kami